![]() ![]() ![]() ![]() |
Bangkit setelah jatuh
18 Nov 2013 | 8:28 PTG | 0 candie blossom
Setiap dari kita pasti ada rasa kecewa, kecewa dengan sesama manusia. Suatu waktu, pasti kita pernah memohon sesuatu kepada Allah, dan mungkin sampai saat ini belum ada jawaban dari Allah dan mungkin pula tidak dijawab Allah. Kita sebagai manusia memang boleh memohon, boleh berkehendak untuk meminta itu, meminta ini, tapi Allah lah yang menentukan, apakah itu baik buat kita atau tidak, Allah akan memberikannya kepada kita kalau hal itu baik. Kecewa itu pasti dialami, tapi yang terpenting dari itu adalah BANGKIT, kita mesti bangkit dari kekecewaan, buat apa menyesali yang sudah lewat, buat apa difikir terus, kita boleh fikir saat itu dan kita harus bangkit, kita tau itu bukanlah yang terakhir, kita jangan tenggelam, seharusnya kita mendapatkan pelajaran berharga dari situ, dan jika kita boleh bangkit itu adalah pelajaran yang lebih penting, adalah lebih baik orang yang pernah gagal dan boleh bangkit. Bagi kita yang kecewa, kita pun harus sedar dan bangkit jangalah kita tenggelam dalam kekecewaan, janganlah kita lari dari masalah dan janganlah kita berpaling dari Allah Percayalah dan pasrahkan semuanya pada Allah. And one more, ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya. |