|
Bertatih Pergi
17 Mei 2014 | 3:48 PG | 0 candie blossom
Bertatih pergi dalam kesakitan yang kau tinggalkan, apakah kau fikir semudah menyentuh perasaan yang terlalu lembut untuk menerima tekanan kasih. Sesalan tak pernah putus kerana rapuh waktu itu. Masa membuat aku semakin kuat menempuh segala cerca. Kenangn memburu aku, seolah terasa kau berkongsi oksigen di ruang sama ketika ini. Pedih. Mata ini sudah tidak tertanggung mengeluar mutiara jernihnya. Hati yang semaking kosong, tiada punya ini sentiasa mengharap agar waktu bisa diputarkan. Agar tiada erti sakit. Lemahnya aku ketika itu. Kau fikir kau siapa untuk menyakiti aku sebegitu ? Parut yang ada tak akan pernah aku lupa siapa si polan yang meninggalkannya. Apakah kau fikir aku tak punya rasa ? Semudah itu kau fikir aku akan melupakan segala keperitan yang ada untuk menerima kau buat sekali lagi ? Tak akan! Tak akan pernah! Jangan mimpi untuk kembali lagi. Jangan pernah! (senyum sinis) Tak layak! Tak pernah kau layak menerima peluang lagi. Pergi! Hati yang bawa pergi suatu ketika dulu telah aku cari kembali. Telah aku jahit koyaknya untuk menumpuh hidup seterusnya. Kau cuma satu mimpi yang mengganggu aku mencari erti hidup yang sebenar. Kau hanya mimpi untuk menyatakan adanya insan yang tak tulus. Terima kasih pernah memberi kelukaan seperti itu untuk aku lebih berhati-hati. karya by Amira Atiya |