|
Dalam hidup ini ...
14 Mac 2014 | 6:11 PG | 0 candie blossom
Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI. Aku memberi senyuman, belum tentu hatiku tersenyum tetapi sekurang-kurangnya aku mahu belajar menjadi orang yang tabah dan dengan senyumanku itu aku mampu membuatkan orang lain tersenyum kepadaku |